Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KPS 3014 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN  Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. ISI Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik...

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

KPS 3014 BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN PENGENALAN Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar. ISI Dua jenis persekitaran yang dikenalpasti di dalam sekolah adalah persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal bermaksud kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah. Antaranya adalah suasana bilik darjah yang kondusif penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang cantik, bersih dan ceria memberikan keselesaan dan keceriaan kepada warga sekolah. Persekitaran psikososial pula menyentuh tentang hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekita...

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

KPS 3014 BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PENGENALAN Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. ISI Pelajar berkeperluan khas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kecacatan bahasa dan percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar c...

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KPS 3014 BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA PENGENALAN Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, berkelakuan, dan sifat budaya yang mengenai kebudayaan sudah maju akal budi. Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”. Satu sistem kepercayaan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan social-budaya dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklisif dalam organisasi atau masyarakat. Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus kepelbagaian dan Malaysia merupakan satu masyarakat pelbagai budaya. Guru pula agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya. Menurut Gorski (2002) multicultural education is a progressive approach for transformin...

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN

KPS 3014 BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.  ISI Ciri-ciri bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolo...

BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU

KPS 3014 BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU PENGENALAN Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘abnormal behaviour’, iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Menurut R...

BAB 8 : SRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 8 : SRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal.  Sumber manusia  merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala,  Sumber fizikal  adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan pe...

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

KPS 3014 BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER PENGENALAN Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber. Definisi Pengurusan Sumber Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang st...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). ISI PERANAN GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF 1.      Aktiviti Pembelajaran Berkumpulan Tujuan aktiviti pembelajaran dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan aktiviti ini memerlukan kerj...

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

KPS 3014 BAB 5 : P ENGURUSAN MURID PENGENALAN Bab ini akan mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.  Bab ni juga akan memahami pengurusan rekod murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar dan cara untuk memotivasikan murid. Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada. ISI   Pengurusan rekod murid ...

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

KPS 3014 BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI PENGENALAN Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki sesebuah jabatan sebagai pemimpin. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003). Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi pula ialah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh seorang pengetua yang cemerlang (Abd Karim, 1989). Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi. ISI ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGETUA l  Pemimpin/Ketua l  Pengurus kurikulum dan kokurikulum l  Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan l  Pengurusan dalaman dan luaran PENO...