KPS 3014
Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki sesebuah jabatan sebagai pemimpin. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003). Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi pula ialah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh seorang pengetua yang cemerlang (Abd Karim, 1989). Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
PENGENALAN
Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki sesebuah jabatan sebagai pemimpin. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003). Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi pula ialah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh seorang pengetua yang cemerlang (Abd Karim, 1989). Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
ISI
ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
PENGETUA
l Pemimpin/Ketua
l Pengurus kurikulum
dan kokurikulum
l Pengurusan tenga
pengajat dan kakitangan
l Pengurusan dalaman
dan luaran
PENOLONG KANAN
l Mengajar
l Membantu pengetua
dalam pengurusan kurikulum
l Bantu dalam
pentadbiran harian
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
l Mengajar
l Pengurusan
kebajikandan disiplin pelajar
l Kemasukan dan
pendaftaran pelajar
l Perhubungan awam
tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
l Mengajar
l Pengurusan kurikulum
dan kokurikulum
l Perhubungan awam
l Pentadbiran harian
l Tugas-tugas lain
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
l Menyusun program
pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
l Memberikan khidmat
kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
l Membuat rancangan tahunan
sekolah
GURU KELAS
l Buku daftar
kedatangan
l Pengurusan yuran
khas
l Perkara-perkara
akademik
l Bantuan kewangan
l Biasiswa
l Tugas-tugas lain
GURU
l Mengajar
l Membuat perancangan
P&P
l Menjaga disiplin,
keselamatan dan kebajikan murid
l Mentadbir dan
mengurus bilik darjah
l Tugas-tugas lain
MURID
l Mematuhi dan
memahami peraturan sekolah
l Menjaga dan
memelihara harta benda sekolah
l Menjaga serta
meningkatkan kebersihan sekolah
l Memahami susun
lapis masyarakat di sekolah
l Menghormati lagu sekolah
TEORI KEPIMPINAN
1. Teori Sifat
2. Teori Tingkah
Laku
3. Teori
Kontingensi
TEORI SIFAT
Penekanan kepada sifat/kualiti yg
dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin
a. Bercita‐cita tinggi & bertenaga
b. Kemahuan untuk memimpin
c. Kejujuran & integriti
d. Keyakinan diri yang tinggi
e. Tahap kemantapan yang tinggi
f. Pengetahuan luas dalam tugas yang
dilakukan
g. Tidak pedulikan keperluan pengikut
h. Gagal menjelaskan kepentingan
pelbagai sifat relatif
i. Tidak mampu memisahkan antara sebab
& penyebab
j. Membelakangkan faktor/peluang keemasan
Teori Tingkahlaku
Ada dua kategori :
Berorientasikan tugas
² Memberi
tugas/arahan tertentu kpd subordinate
² Harapan adalah
subordinate tekun & berprestasi
² Penekanan kpd
‘deadlines’ utk siapkan kerja
² Autokratik
² Bergantung kuasa
kedudukan
² Piawai yang ketat
² Kawalan yang ketat
Berorientasikan pekerja
Wujudkan hubungan pemimpin – pekerja
² Yakin meyakini
² Hormat &
menghargai sumbangan pekerja
² Membantu masalah
² Memberi galakkan
² Hubungan mesra
² Memberi peluang
pekerja membuat keputusan
Teori Kontingensi
² Mengambil kira
faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
² Situasi tahap
struktur tugas yang dijalankan.
² Situasi kualiti
perhubungan antara pemimpin & ahli.
² Situasi kedudukan kekuasaan.
² Situasi kejelasanan
pesanan/arahan kerja.
² Situasi norma
kumpulan.
² Situasi kesediaan
maklumat.
² Situasi penerimaan
pengikut terhadap keputusan pemimpin.
² Situasi kematangan
pengikut.
Teori Kontingensi
Tiga (3) model teori kontingensi
a. Model Kontingensi Fiedler
b. Model Situasi Hersey‐Blanchard
c. Model Teori Laluan‐
Matlamat/Ganjaran (Evans & House)
KEPIMPINAN GURU
l Menurut York-Barr
& Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara
individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan
ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan
pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian
pelajar.
l Menurut Hussein (
1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum,
kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan
fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.
l Haris & Mujis
(2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru
n Peranan &
tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya
dalam batasan ruang lingkup bilik darjah
n Kerjasama -
Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak
dituju
KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU
Katzenmeyer & Moller (2005)
menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:
1. Kebolehan
mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator,
mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui
pembelajaran
2. Mengambil
bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan
sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras
dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3. Berupaya
melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima
pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG,
jawatankuasa kantin dan lain-lain.
KOMPETEN KEPIMPINAN GURU
Ø Memiliki ilmu
pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
Ø Cekap menggunakan
segala sumber yang ada secara optimum
Ø Mengamalkan budaya
beretika
Ø Memiliki budaya
jati
Ø Mahir berkomunikasi
dengan berkesan
Ø Produktif
KEPIMPINAN GURU MASA KINI
v Penjana budaya
sekolah
v Kepimpinan pelbagai
kebolehan
v Kepimpinan
pengajaran
v Kepimpinan membuat
keputusan
v Kepimpinan mengurus
bilik darjah
v Kepimpinan pengupayaan
v Kepimpinan kerja
dalam bilik darjah
v Memperkasa
kecerdasan emosi
v Mengamalkan
komunikasi berkesan
GAYA KEMPIMPINAN
Gaya kepimpinan
menurut Thoha (1995: 37) pula
ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan
pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang
bawahannya. Beliau juga mengertikan
gaya kepimpinan sebagai
perilaku pemimpin dalam mempengaruhi
bawahannya iaitu kemampuan pemimpin
untuk menyatakan sesuatu hal dengan gaya
kepimpinan tertentu.
Gaya kepimpinan terdiri daripada dua
kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.
Ask behaviour – The
extent to which leaders are likely to
organize and define role of the members of their group (followers);
to explain what activities each is to do and when, where, and how tasks are to
be accomplished; characterized by endeavoring to established well-defined
patterns of organization, channel of communications,
and ways of getting jobs acomplished.
Relationship behaviour –
The extent to which leaders are
likely to maintain personal relationships between themselves
and members of their group (followers) by openning up channel of
communications, providing sosioemotional support, “psychological stokes”, and
facilitating behaviors. (Hersey & Blanchard, 1993 : 129)
AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis autokratik
adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas.
Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan
mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang
mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya
menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan
pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja
diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas &
sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan demokratik adalah
gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis
ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya.
Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan
mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima
kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan
berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin
lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah
rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli
LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak laissez-faire
yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi
orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin
sedemikian biasanya memberi kebebasan kepada
pekerja untuk menentukan matlamat mereka
tersendiri serta cara-cara mencapainya. Pemimpin
seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka
dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)
KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan kontigensi
memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan
Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya
kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya
kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam
menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.
Contoh situasi berbeza: struktur
organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok
kerja
ASERTIF
Kepimpinan asertif adalah sikap di
mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan
tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan dengan jelas apa
yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain. Kepimpinan asertif
mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat keputusan. Mampu
mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu dengan
kebenarannya.
RESPONSIF
Kepimpinan responsif adalah sikap
pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat tindakan. Kepimpinan
responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat setiap persoalan,
kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya. Pemimpin aktif dan
proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang
dihadapi oleh organisasinya.
AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif adalah sifat
yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat,
kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. Golongan jenis
ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa
kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka selalu
menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta
sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan menggunakan bahasa
yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk
membuktikan dia bersalah.
RUMUSAN
Kepimpinan dan organisasi merupakan
bab 4 yang dibincangkan oleh pensyarah dan juga rakan dalam seisi pembentangan.
Kepimpinan dan organisasi ini merangkumi gaya kepimpinan, organisasi sekolah,
kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan sekolah. Malah,kementerian pendidikan
Malaysia pada masa kini ialah Menteri Pendidikan YB Dr.Maszlee Malik dan
Timbalan Pendidikan Malaysia iaitu YB. Teo Nie Ching. Mereka berdua ini
merupakan orang yang sangat berkepentingan dalam perkembangan pendidikan di
Malaysia. Dalam topik ini juga membincangkan peringkat praperkhidmatan guru
yang merangkumi pemilihan calon guru, penilaian ikhtisas dan latihan guru.
Seterusnya, membincangkan tugas dalam pengurusan sekolah iaitu meliputi tugas
pengetua, GPK pentadbiran, GPK hem, GPK kokurikulum, guru kanan mata pelajaran,
dan juga kanselor di sekolah.
RUJUKAN
Slaid pembentangan kumpulan PBS 1 : Kepimpinan
dan Organisai sekolah
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia
Comments
Post a Comment