KPS 3014
Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.
BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN
PENASIHATAN
PENGENALAN
Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.
ISI
Ciri-ciri
bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang
dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi
ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan
mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau
kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu,
melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk
memecahkan permasalahan yang dihadapinya. Selain itu, ciri-ciri penasihatan
berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri
individu yang bermasalah. Penasihatan berbentuk arahan atau suruhan
daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang
yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai
kelayakan dan pengiktirafan dan memberi nasihat adalah strategi yang paling
cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Akhirnya ciri-ciri mentoring iaitu mementingkan perkembangan personal dan
professional mentee yang berterusan untuk memudahkan sesuatu transisi dan
memastikan berlaku perkembangan positif. Selain itu, bertindakbalas terhadap
kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee, bertimbang rasa dan
akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan dan menerima kesilapan yang boleh
diterima dan yang tidak.
Di samping itu, proses bimbingan,
penasihatan dan juga mentoring adalah sangat penting dan mempunyai urutan yang
tertentu. Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai lima fasa. Fasa 1 ialah
kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak
pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan
haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat
dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar.
Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan
penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar. Fasa 2 adalah
menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini,
semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan
penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Penguasaan
kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas
menjadi guru pembimbing yang berkesan.
Fasa 3 adalah proses mengenali
pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan
dan penasihatan. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh
guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan
bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik,
teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Fasa 4
adalah proses membimbing pelajar Secara khususnya, pelajar akan dibimbing
melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara
kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana pelajar
memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar
melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi
perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan kelompok melibatkan
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk
motivasi, kemahiran pelajar, dan personal. Fasa 5 adalah analisis penilaian.
Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama
ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan
kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
RUMUSAN
Bimbingan, penasihatan dan mentoring
merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mebantu murid-murid dalam
aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana
setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara
pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka
menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.
RUJUKAN
Muhamad Mansur Abdullah, & Siti
Nordiana Mohd Tamin. (2010). Pengantar Kaunseling
(Edisi Kedua.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sapora Sipon, & Wan Anor Wan
Sulaiman. (2002). Pengantar Kaunseling. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Comments
Post a Comment