KPS 3014
BAB 6 : PENGURUSAN BILIK
DARJAH
PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah bermaksud
bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama
dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan
bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta
usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon
Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam
bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris,
2009).
ISI
PERANAN GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN
BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
1. Aktiviti
Pembelajaran Berkumpulan
Tujuan aktiviti pembelajaran
dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan
aktiviti ini memerlukan kerjasama yang utuh daripada para pelajar. Dalam hal
ini, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Guru pula boleh
beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.
2. Aktiviti
Pengajaran Individu
Aktiviti pengajaran individu boleh
dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil. Dalam hal
ini, guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang meransang pelajar untuk
belajar. Pengawasan yang baik oleh guru dapat meningkatkan potensi para
pelajar. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat
memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri.
3. Penyediaan
Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran ialah ruang dalam
bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut
kreativiti guru dan pelajar. Ia diwujudkan bagi menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sesi pengajaran dapat
dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan.
4. Pengurusan
Sumber
Pengurusan sumber didefinisikan
sebagai segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengurusan ini penting bertujuan
untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar,
seterusnya menjamin perkembangan pembelajaran pelajar.
5. Penyediaan
Bahan
Penyediaan bahan bermaksud apa
sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran. Ia
digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih
bermakna.
RUMUSAN
Berdasarkan bab 6 iaitu
Pengurusan Bilik Darjah menumpukan mengenai aktiviti pembelajaran, fizikal dan
psikososial. Hal ini dimana keberkesanan pengrusan bilik darjah ini adalah
bertujuan untuk memastikan suasana pembelajaran yang positif, mengurangkan
masalah disiplin dan meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Bab ini
menerangkan mengenai persekitaran fizikal bilik darjah dimana sesuatu bilik
darjah itu mestilah selamatan untuk digunakan, identiti simbolik, perkembangan
dan juga ketenangan. Seterusnya, aspek yang penting dalam pengurusan bilik
darjah juga menumpukan kepada pengurusan psikososial yang mana guru berperanan
sebagai pendidik. Dalam bab ini juga saya dapat memahami mengenai pengurusan
pembelajaran diamana ianya berpusatkan guru, bahan dan pelajar dimana ianya
menumpukan aspek kandungan , pengajaran, alat instuksional dan pentaksiran.
Akhir sekali, dalam bab ini, saya mempelajari mengenai pentaksiran dimana
pentaksiran berasaskan sekolah ini terbahagi kepada pusat, bilik darjah,
jasmani dan psikometrik. Kesimpulannya, aspek pengurusan bilik darjah merupakan
aspek yang penting bagi memastikan suasana pembelajaran itu dapat menarik minat
para pelajar dan untuk mengurangkan masalah tingkah laku.
RUJUKAN
Fathmalyn
Abdullah. https://missugliest.blogspot.com/p/pengurusan-sumber.html?m=1
Comments
Post a Comment