Skip to main content

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

KPS 3014

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

ISI

Pelajar berkeperluan khas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kecacatan bahasa dan percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, dan mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran dan lain-lain. Dalam konteks ini, guru-guru perlu membahagikan murid-murid dalam mengikut kesesuaian bilik darjah. Pertama, pelajar yang hanya mempunyai masalah pembelajaran boleh ditempatkan di dalam bilik darjah biasa di bawah pengawasan guru pendidikan khas dan guru biasa. Seterusnya, bilik sumber bagi membolehkan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran mendapat kebaikan daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrase dengan rakan-rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber merupakan seorang yang cekap dalam membina pengajaran individu serta bekerjasama dengan ibu bapa secara efektif. Bilik darjah berasingan pula dikhaskan kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru harus mengajar secara langsung mengikut susunan yang betul. Contoh dan ilustrasi untuk menunjukan konsep perlu diketengahkan.  Dalam pengurusan bilk darjah pula, guru perlu bersikap menempatkan mereka di tempat duduk hadapan atau berdekatan dengan guru. Segala maklumat dan kata kunci yang penting ditulis di papan hitam dan cara penyampaian ilmu harus disokong dengan visual supaya dapat menarik minat pelajar.
Di samping itu, pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), pulih ditakrifkan sebagai kembali seperti biasa (sedia kala). konsep pendidikan khas adalah pengajaran pemulihan yang berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi murid-murid. Tujuan program diadakan ialah menguasi kemahiran 3M, meneruskan pembelajaran di kelas biasa, dan menambahkan sikap yakin dan positif pelajar.
Pengayaan bermaksud aktiviti yang kompleks di dalam atau luar dewan. Tujuan pengayaan adalah meningkatkan minat dan daya kreativiti, melahirkan pelajar yang selalu berniat ingin tahu terhadap kemahiran yang dipelajari dan memupuk kepimpinan murid dalam keadaan penuh yakin.
Terdapat dua contoh masalah pelajar berkeperluan khas iaitu disleksia dan autistik. Disleksia bermaksud ketidakupayaan untuk belajar berkaitan masalah saraf yang mempengaruhi kelancaran dan ketepatan untuk membaca, bertutur, atau mengeja. Pengubahsuai harus dilakukan oleh guru dalam bilik darjah seperti bahan pengajaran yang sesuai, pengajaran interaktif dan pengubahsuaian melibatkan pencapaian murid.
Autistik pula bermaksud masalah yang berlaku dalam proses perkembangan otak manusia yang akan mempengaruhi fungsi otak serta meningalkan kesan terhadap tingkah laku, perhubungan dan interaksi, dan komunikasi. Maka, antara kaedah pembelajaran yang boleh dirancang fguru adalah menyediakan nota-nota dan kad sebagai alat bantu mengajar, memaklumkan pelajar lain akan masalah yang dihadapi oleh rakan mereka agar semua pelajar dapat menerima kehadirannya, dan jauhkan mereka daripada alat yang boleh mencederakan. 

RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa buah sekolah mengambil pelajar khas sebagai pelajar. Sebenarnya, pelajar seperti itu layak mendapat pendidikan sama seperti pelajar normal kerana terdapat juga pelajar khas yang mempunyai kebijaksanaan melebihi pelajar normal.

RUJUKAN
Mohd Zuri Ghani dan Azman Che Ahmad.2011.Pendidikan Khas. Pulau pinang: Universiti Sains Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN

KPS 3014 BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.  ISI Ciri-ciri bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolo...

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KPS 3014 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN  Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. ISI Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). ISI PERANAN GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF 1.      Aktiviti Pembelajaran Berkumpulan Tujuan aktiviti pembelajaran dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan aktiviti ini memerlukan kerj...