KPS 3014
ISI PENTING
1. Pengurusan Sumber. (2018). Diterima daripada https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber
BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER
PENGENALAN
Pengurusan sumber memainkan peranan
yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber
yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif
dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini
termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan
sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam
memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk
mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa
yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Definisi Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses
membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini
sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan
objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan
terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber
manusia.
Terdapat banyak jenis sumber yang boleh digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, antaranya ialah sumber
berasakan manusia , bahan cetak, menggunakan pancaindera, bahan pandang dengar
dan sumber berasaskan komputer.
1. Sumber berasakan manusia
-rakan sebaya
-guru
-pakar bidang
2. Bahan cetak
-pengawai sumber
-buku teks
-buku
-majalah
-jurnal
-surat khabar
-kamus
3. Paincaindera
-menyentuh
-melihat
-merasa
-mendengar
4. Bahan pandang dengar
-radio
-televisyen
-video
5. Komputer
-disket
-cakera padat
-Internet
Berdasarkan senarai di ats, dapat disimpulkan bahawa sumber
berasaskan manusia dapat melatih murid supaya kemahiran kognitif terhasil
daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad
disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun
begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka
mengapdaptasikan perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan
cara berfikir kepada rakan sebaya bagi kehidupan mereka.
Sumber beasakan bahan cetak pula dapat membantu murid
memahami dengan lebih jelas. Ia adalah kerana gambar mampu membina set-set di
dalam stor ingatan seseorang samada dalam jangka masa panjang mahupun ingatan
jangka masa pendek. Sumber bahan bercetak tidak bergambar pula merupakan sumber
seperti graf, peta dan tanda isyarat. Penggunaan bahan cetak tidak bergambar
ini dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menafsir maklumat yang
diperolehi.
Pancaindera merupakan bahan sumber untuk memperolehi
maklumat. Hal ini kerana, manusia belajar dengan kadar 11% menggunakan
pancaindera mendengar dan 83% menggunakan kaedah melihat. Namun dengan kaedah
ini, keupayaan individu untuk mengingat hanyalah 20% apa yang didengar dan 50%
yang didengar dan dilihat. Penglibatan pelajar secara langsung mampu untuk
mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru.
Pengalaman-pengalaman yang baharu ini membantu pelajar untuk memahami kerana
deria melihat lebih banyak membantu pemahaman seseorang.
Bahan pandang dengar merangkumi televisyen, radio, dan
video. Penggunaan televisyen di dalam pembelajaran dapat membantu merangsang
pemikiran pelajar. Iringan muzik dapat menarik minat pelajar untuk terus
mendengar dan melihat.
Sumber bahan dari komputer dapat meningkatkan tahap perkembangan
pelajar. Sebagai contoh, internet membantu pelajar mengkaji dengan lebih
mendalam berkenaan sesuatau maklumat. Ini meningkatkan tahap keupayaan
seseorang individu dalam mengolah sesuatu maklumat.
Justeru, pengurusan pusat sumber memainkan peranan yang
besar dalam memudahkan perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Hal ini kerana pusat sumber dilengkapi dengan bahan
bacaan dan rujukan yang banyak untuk kegunaan para pelajar dan guru.
Seterusnya, guru pusat sumber harus sentiasa peka dan kreatif dalam menyedia
dan mempromosi bahan bacaan berkualiti supaya pelajar-pelajar lebih seronok
untuk membaca. Kemudahan Internet untuk mengakses bahan bacaan di pusat sumber
atau di medium lain perlu disediakan agar pembangunan profesional di dalam dan
di luar sekolah dapat dibangunkan.
Antara elemen penting dalam pengurusan sumber dalam bilik
darjah ialah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan. Setiap
sistem pengorganisasian perlu dirancang dengan visi, matlamat, objektif,
polisi, dasar, dan membuat keputusan supaya segala urusan dapat dikendalikan
dengan baik. Sistem pengorganisasian pula berkaitan dengan pembahagian tugas
guru-guru, penurunan kuasa, dan penghubungan dalam organisasi. Kepimpinan yang
baik penting dalam memastikan arahan terhadap tugas dan kerja dapat dijalankan
dengan baik. Pemantauan dan penilaian terhadap kualaiti kerja harus dilakukan
bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas.
Dalam pengurusan pusat sumber, terdapat beberapa kelebihan yang
diperoeh daripada pengurusan sumber yang baik dalam pusat sumber. Antara
kelebihan yang diperoleh adalah daapat menarik minat pelajar untuk menggunakan
pusat sumber. Kedua, memudahkan guru dan pelajar untuk berurusan di pusat
sumber dan pelaksanaan aktiviti yang terancang dan berkesan. Di samping itu,
kemudahan infrastruktur meningkatkan keselesaan dan keseronokan pelajar.
Namn begitu, kelemahan yang dikenalpasti dalam pengurusan
ini adalah kekurangan latihan dan kepakaran daripada guru. Kekangan masa oleh
penyelaras pusat sumber untuk menguruskan pusat sumber disebabkan oleh jumlah
waktu mengajar yang banyak. Guru-guru juga terbeban dengan ketiadaan kakitangan
untuk membantu proses rutin harian di pusat sumber.
RUMUSAN
Berdasarkan bab
7 iaitu Pengurusan Sumber merujuk kepada sumber yang digunakan oleh guru bagi
menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik pembelajaran. Dalam
pendidikan, pengurusan sumber merujuk kepada pusat sumber iaitu Pusat Sumber
Sekolah. Hal ini dimana, PSS memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan
menyimpan bahan bacaan untuk para murid berdasarkan kepada objektif pusat
sumber itu sendiri. Sesebuah pusat sumber itu dianggap sebagai berkesan
berdasarkan kepada penggunaan,kepimpinan, kewangan, kemudahan fizikal dan koleksi
bahan pusat sumber tersebut. Berdasarkan pemahaman saya dalam bab ini, sesebuah
pusat sumber sekolah yang lengkap ialah pusat sumber yang mempunyai bahan dan
perkakasan yang lengkap untuk kegunaan murid. Kesimpulannya, murid juga
mengamalkan konsep pembelajaran berdasarkan sumber dimana ia dapat membantu
murid untuk mengingkatkan keupayaan pengetahuan murid.
RUJUKAN
1. Pengurusan Sumber. (2018). Diterima daripada https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber
Comments
Post a Comment