KPS 3014
Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, berkelakuan, dan sifat budaya yang mengenai kebudayaan sudah maju akal budi. Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”. Satu sistem kepercayaan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan social-budaya dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklisif dalam organisasi atau masyarakat. Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus kepelbagaian dan Malaysia merupakan satu masyarakat pelbagai budaya. Guru pula agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya. Menurut Gorski (2002) multicultural education is a progressive approach for transforming education that holistically critiques and addresses current shortcomings, failings and discriminatory practices in education. Selain itu terdapat juga perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya. Manusia memang berbeza antara satu sama lain dan guru perlu sedar hakikat ini. Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENGENALAN

ISI
Antara budaya di sekolah adalah
budaya instrumental. Budaya ini mengumpulkan pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang diperlukan untuk lulus peperiksaan. Tujuan budaya ini diketengahkan adalah
menghasilkan murid-murid sebagai warganegara yang baik kerana budaya nilai
mengutamakan matlamat masa hadapan murid-murid (Yahya Don & Yaakob Daud,
2011). Selain itu, budaya eksperif. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk
menghilangkan ketegangan serta mengeluarkan tenaga tanpa sebarang kawalan
daripada kakitangan sekolah. Seterusnya, budaya moral. Tujuan budaya moral
adalah menghasilkan murid-murid bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan
tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Contoh
budaya yang terdapatdi sekolah adalah budaya belajar, budaya berpakaian, budaya
hormat-menghormati, budaya berani bertanya, budaya membaca dan budaya
penyayang.
Menurut Sufean Hussin (2007),
pelbagai budaya ini terbahagi kepada dua iaitu budaya positif dan budaya
negatif. Budaya positif ialah budaya suka bertanya dan pelajar memberi
perhatian di dalam kelas. Budaya suka bertanya amat baik terutama bagi
memastikan pelajar dapat mengetahui maklumat dengan lebih lanjut dan memahami
isi kandungan dengan lebih mendalam. Tumpuan yang diberikan oleh pelajar pada
waktu kelas memudahkan guru mengawal kelas dan pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Bidaya negatif pula adalah sikap tidak menghormati guru
dan ponteng kelas. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
terganggu.
Selain itu, budaya ilmu di sekolah
pula adalah kewujudan sesuatu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan
diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan dan keadaan. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di
tempat tinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Ciri-ciri budaya ilmu adalah
usaha memperoleh ilmu melaui pelbagai cara, usaha mengembangkan ilmu, usaha
manusia mengguna dan memanfaatkan ilmu dengan sebaik-baiknya dan menyentuh secara
khusus perhubungan di antara manusia dengan ilmu.
RUMUSAN
Berdasarkan bab
11 iaitu Pengurusan Pelbagai Budaya menjelaskan mengenai saling menghormati
diantara budaya-budaya yang berbeza diantara pelbagai kelompok masyarakat.
Berdasarkan bab ini, saya dapat mempelajari mengenai teori sosial pelbagai
budaya dimana ianya dimana ianya terbahagi kepada Teori Melting Pot 1: Anglo
Conformity. Teori ini merujuk kepada golongan minoriti yang perlu menghormati
pegangan golongan majoriti sebagai dominan. Seterusnya ialah Teori Melting Pot
II dimana golongan masyarakat bergabung bagi membentuk identiti yang baru.
Disamping itu ialah Teori Cultural Pluralism dimana masyarakat yang bebas
mempraktikan budaya yang berbeza mengikut golongan masyarakat. Berdasarkan teori-teori
tersebut, saya dapat mempelajari bahawa terdapat pelbagai budaya yang berbeza
dalam kalangan masyarakat walaubagaimanapun masyarakat masih bebas mempraktikan
budaya masing-masing tanpa menimbulkan sebarang isu. Seterusnya, dalam
pendidikan juga terdapat pelbagai budaya dimana berdasarkan latar belakang
murid yang berbeza yang disatukan dalam satu pengurusan yang dikenali sebagai
pengurusan pelbagai budaya dalam bilik darjah. Hal ini dimana, ianya
dilaksanakan mengikut persekitaran fizikal, hubungan guru dengan murid dan
bimbingan serta kaunseling. Masyarakat yang berbeza dari segi pelbagai latar
belakang ini dapat disatukan melalui pendidikan berdasarkan kepada
program-program seperti Kelab Rukun Negara dan Kem Perpaduan. Kesimpulannya,
menerusi bab ini saya dapat mempelajari bahawa pendidikan dapat menyatukan
golongan masyarakat yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza melalui
peranan guru.
RUJUKAN
Yahya Don, & Yaakod Daud.
(2011). Kompetensi Kepimpinan budaya dan
sekolah berprestasi tinggi
di Malaysia. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Sufean Hussin. (2007). Inovasi
Dasar Pendidikan: Perspektif sistem dan
organisasi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Comments
Post a Comment