Skip to main content

BAB 5 : PENGURUSAN MURID


KPS 3014

BAB 5 : PENGURUSAN MURID


PENGENALAN
Bab ini akan mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.  Bab ni juga akan memahami pengurusan rekod murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar dan cara untuk memotivasikan murid.
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
ISI
  Pengurusan rekod murid
Pengurusan rekod murid merupakan tanggungjawab utama seorang guru dalam aktiviti mencatat bidang pengurusan berkaitan penjagaan, mengawal penciptaan yang sistematik, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
2.      Kesediaan Murid Belajar
Terdapat dua jenis kesediaan pembelajaran murid, iaitu kesediaan kognitif dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif lebih berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir. Manakala, kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang ingin disampaikan. Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal, iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
3.      Memotivasikan Murid.
Akhir sekali, motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Manakala, naluri pula rasa ingin tahu yang mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba dan menjelajah. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi. Seterusnya, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Akhir sekali, sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif dan aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

RUMUSAN
Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Bab ini dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan peranan guru dalam mengurus bilik darjah, ciri-ciri guru guru berkesan dan persekitaran bilik darjah serta bahan bantu mengajar dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus bilik darjah dalam semua peringkat pengajaran.


RUJUKAN
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009).  Pengurusan bilik darjah. Diperoleh daripada file:///C:/Users/User/Downloads/Telegram%20Desktop/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN

KPS 3014 BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.  ISI Ciri-ciri bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolo...

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KPS 3014 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN  Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. ISI Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). ISI PERANAN GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF 1.      Aktiviti Pembelajaran Berkumpulan Tujuan aktiviti pembelajaran dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan aktiviti ini memerlukan kerj...