KPS 3014
BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
PENGENALAN
Sekolah ialah sebuah institusi yang
memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk
mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran dalam konteks kajian ini
membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut.
Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga
berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.
ISI
Dua jenis persekitaran yang
dikenalpasti di dalam sekolah adalah persekitaran fizikal dan persekitaran
psikososial. Persekitaran fizikal bermaksud kemudahan dan peralatan yang
dibekalkan di sekolah. Antaranya adalah suasana bilik darjah yang kondusif
penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Bangunan
sekolah yang cantik, bersih dan ceria memberikan keselesaan dan keceriaan
kepada warga sekolah. Persekitaran psikososial pula menyentuh tentang hubungan
antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ciri-ciri
persekitaran psikososial adalah menwujudkan suasana ceria dan selesa kepada
guru dan pelajar. Maka, suasana ini dapat merangsang pembelajaran dan
pembelajaran secara koperatif. Persekitaran ini bebas daripada ancaman dan
bahaya fizikal.
Bab ini membincangkan tentang
sekolah dan masyarakat. Sekolah adalah lambang sosial yang berfungsi untuk
mencapai matlamat dan objektif sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Lizawati Yahya, 2009). Pelajar
merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara.
Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang
dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh
masyarakat.
Antara tujuan utama dalam
menwujudkan hubungan baik antara sekolah dan masyarakat adalah bagi
mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti
pelajar bersama masyarakat. Ia juga boleh meningkatkan mutu kehidupan
masyarakat dan memperoleh bantuan dari masyarakat dalam pembangunan dan
pelaksanaan program sekolah.
Seterusnya, hubungan sekolah dan ibu
bapa. Sokongan ibu bapa boleh diperoleh daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru
bagi menjalinkan hubungan yang erat. Hubungan yang bagi antara kedua-dua pihak
dapat menwujudkan komuniti kecil di sekolah dan memudahkan penyertaan dan
penglibatan ibu bapa secara sukarela
RUMUSAN
Hubungan antara sekolah dan
masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai
matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna
iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial
(JERIS).Ibu bapa dapat membantu mencapai matlamatsekolah malah pelajar juga
turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya.2005.Mengurus
Sekolah.Pahang: PTS Professional Publishing
Comments
Post a Comment