Skip to main content

BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU

KPS 3014

BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU

PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘abnormal behaviour’, iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H. Woody di dalam bukunya yang berjudul ‘The School and the Behavior Problem Child’ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam pelbagai bentuk dan ragam.

ISI
1.      Pentadbiran
Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk Administrative Action, beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah pencapaian matlamat. Bagi Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.
Dalam hal pengurusan disiplin sekolah, setiap peringkat pentadbir dan guru-guru mempunyai kuasa, tugas dan tanggungjawab yang agak berbeza, tetapi saling melengkapi. Di sekolah, dengan adanya Peraturan 4 dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah (1959), Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah. Sehubungan itu, beliau hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

2.      Akta
Dalam konteks peraturan dan disiplin dalam sekolah di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama (James Ang Jit Eng, 2011). Pertama, peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957. Kedua, buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketiga, surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala. Dalam konsep akta ini menekankan dan menfokuskan seksyen 116 Ordinan Pelajaran 1957.

3.      Pekeliling Ikhtisas
Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Antara tujuan Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan adalah kerana ia merupakan satu peringatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna dan juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu peraturan dan perlindungan. Antara sasaran Pekeliling Ikhtisas adalah kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah,PPD,JPN) dan ibu bapa.

4.      Pembentukan Peraturan Sekolah
Peraturan sekolah merupakan suatu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Istilah peraturan dapat didefinisikan sebagai undang- undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti- aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkah laku disiplin dan melicinkan perjalanan kehidupan warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa wujud sebarang gangguan. Setiap pelajar dan guru dibekalkan buku peraturan sebagai panduan dalam mematuhi peraturan sekolah.


5.      Data dan Rekod
Menurut Hoffer (2005), data merupakan sesuatu yang mewakilkan objek dan peristiwa yang mewakili erti dan sangat penting bagi pengguna. Manakala, Navatha dan Elmasri (2000) pula menyatakan data ialah fakta yang dapat disimpan dan memiliki erti. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa data ialah fakta mentah mengenai sesuatu benda, orang, peristiwa atau persekitaran yang belum diproses dan boleh menjadi sesuatu yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta tersebut diproses. Bagi istilah rekod pula, menurut Akta Arkib Negara (2003), “Rekod ditafsirkan sebagai suatu bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat, termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematografi, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya”.

6.      Hukuman Dan Tindakan
   Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Tindakan pula adalah langkah yg diambil untuk mengelakkan atau mengatasi sesuatu.Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab keatas hukuman dan tindakan disiplin di sekolah dan beliau mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.

7.      Program Berkaitan Pengurusan Tingkah Laku Disiplin
Pelaksanaan program-program mengatasi masalah disiplin merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar di sekolah.Walau bagaimanapun,program-program ini tidak akan mencapai objektifnya jika pelajar tidak menghayati mesej-mesej yang disampaikan dalam program tersebut. Untuk memastikan masalah disiplin di kalangan pelajar ini dibincangkan bersama ibu bapa.Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat bertajuk “Masalah Salahlaku Murid dijadikan Agenda Tetap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG).Surat tersebut juga mencadangkan agar PIBG menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas untuk tujuan ini.

RUMUSAN
Aspek pengurusan disiplin sekolah perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak disekolah. Kes disiplin sudah lama berlaku dan malah makin meningkat dari masa ke masa. Walaupun bermacam inisiatif telah diambil untuk mengatasi permasalahan ini namun ia tetap terjadi. Justeru itu, setiap orang perlu mematuhi peraturan dengan berpandukan buku peraturan disiplin sekolah yang tertakluk kepada peraturan-peraturan pelajarn (disiplin sekolah) 1959 dan surat-surat pekeliling. Guru besar pula perlu memanfaatkan kuasa yang diberikan dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN

KPS 3014 BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.  ISI Ciri-ciri bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolo...

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KPS 3014 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN  Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. ISI Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). ISI PERANAN GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF 1.      Aktiviti Pembelajaran Berkumpulan Tujuan aktiviti pembelajaran dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan aktiviti ini memerlukan kerj...