KPS 3014
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.
BAB 8 : SRATEGI PENGURUSAN BILIK
DARJAH
PENGENALAN
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.
ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.
Unsur fizikal bilik darjah bermaksud
penyusunan bilik darjah yang dilengkapi kerusi meja, bahan pembelajaran untuk
pelajar. Pada zaman dahulu surau atau pondok sudah dianggap seperti bilik
darjah tetapi berbeza dengan pada masa kini. Pada zaman moden ini, sebuah bilik
darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru,
papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam
satu-satu kelas. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa, pengurusan
bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai
melalui penggunaan bilik darjah. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga,
alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara
berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagoff (1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar
yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Penyusunan dan
kekemasan adalah faktor yang penting mempengaruhi fizikal bilik darjah.
Konsep interaksi dalam bilik darjah
adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya
dua pihak. Terdapat lima jenis interaksi iaitu interaksi sehala atau
tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala
antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan
murid dengan murid serta interaksi berkomputer. Faktor yang mempengaruhi
interaksi dalam bilik darjah ialah susunan bilik darjah. Hal ini supaya mudah
untuk pelajar berinteraksi. Selain itu, keadaan emosi bilik darjah juga penting
seperti suara guru hendaklah jelas supaya pelajar lebih fokus dengan apa yang
guru mengajar. Guru hendaklah memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali supaya
pelajar lebih cergas seperti aktiviti berkumpulan. Hal ini juga adalah untuk
menghidupkan suasana supaya pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Guru
hendaklah bijak untuk menarik perhatian pelajar salah satu caranya adalah
gunakan alat bantu mengajar berteknologi. Hal ini adalah kerana pelajar lebih
cenderung ke arah menggunakan teknologi dan lebih berminat.
Iklim bilik darjah bermaksud suasana
bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P & P yang
berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal,
suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal
bilik darjah sama ada menggalakkan atau menghalang P & P. Guru berperanan
untuk menentukan suasana fizikal. Suasana sosial adalah kajian melalui
pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Teknik sosiometri adalah satu teknik
untuk menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Suasana emosi ialah
gabungan daripada pelbagai perkara seperti suara, kemesraan, kelucuan, stail,
penggunaan pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah dan kempimpinan
& kaedah mengajar.
RUMUSAN
Strategi mengurus bilik darjah ini
membincangkan mengenai unsur fizikal bilik darjah,interaksi dalam bilik darjah
dan iklim pembelajaran positif. Manakala, bilik darjah juga terdiri daripada
bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran
khas KBSM, dan bilik darjah terbuka. Penyusunan bilik darjah juga merupakan
berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik
darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan
supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti
masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan
digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran menurut
Atan Long (1986: 109). Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah
adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi
dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan
matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Comments
Post a Comment