Skip to main content

Posts

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KPS 3014 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN  Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. ISI Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik...
Recent posts

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

KPS 3014 BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN PENGENALAN Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar. ISI Dua jenis persekitaran yang dikenalpasti di dalam sekolah adalah persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal bermaksud kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah. Antaranya adalah suasana bilik darjah yang kondusif penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang cantik, bersih dan ceria memberikan keselesaan dan keceriaan kepada warga sekolah. Persekitaran psikososial pula menyentuh tentang hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekita...

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

KPS 3014 BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PENGENALAN Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. ISI Pelajar berkeperluan khas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kecacatan bahasa dan percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar c...

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KPS 3014 BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA PENGENALAN Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, berkelakuan, dan sifat budaya yang mengenai kebudayaan sudah maju akal budi. Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”. Satu sistem kepercayaan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan social-budaya dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklisif dalam organisasi atau masyarakat. Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus kepelbagaian dan Malaysia merupakan satu masyarakat pelbagai budaya. Guru pula agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya. Menurut Gorski (2002) multicultural education is a progressive approach for transformin...

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN

KPS 3014 BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN PENGENALAN Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin, 2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring.  ISI Ciri-ciri bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolo...

BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU

KPS 3014 BAB 9 : PENGURUSAN DISPLIN DAN TINGKAH LAKU PENGENALAN Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘abnormal behaviour’, iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Menurut R...

BAB 8 : SRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

KPS 3014 BAB 8 : SRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal.  Sumber manusia  merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala,  Sumber fizikal  adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan pe...